25 April 2010

Pegawai SPR Berkempen Untuk BN

Sekurang-kurangnya dua lelaki yang memakai kemeja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sekolah Menengah Ampang Pecah, dikesan berkempen untuk Barisan Nasional dengan mengajak pengundi memangkah BN.

Perbuatan mereka menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat, apatah lagi mendapati sebuah kereta yang tertampal logo BN dibenar masuk ke kawasan larangan kira-kira jam 10.20 pagi.

Tindakan mereka ini dikesali dan seakan-akan mengesahkan dakwaan betapa suruhanjaya itu berlagak sebagai parti komponen BN.

No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!