28 March 2010

Parti Keadilan Rakyat Ipoh Barat Lumpuh

Lebih 700 anggota Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat hari ini mengisytiharkan keluar parti, menyebabkan 12 cawangan Pemuda dalam cabang itu lumpuh.

Wakil kumpulan itu yang merupakan Ketua Pemuda cabang itu sebelum ini, V. Subramaniam berkata mereka mengambil keputusan berkenaan berikutan kecewa dengan kepimpinan peringkat cabang, negeri dan pusat yang tidak berpegang kepada prinsip perjuangan parti.

"Keputusan ini diambil setelah memikirkan semasak-masaknya kedudukan kami di dalam parti yang mengamalkan corak kepimpinan yang sering menabur fitnah bagi menguntungkan parti...sebanyak 12 cawangan akan ditutup," katanya pada sidang akhbar di sini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Manjoi dari Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Nadzri Ismail. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!