Setiausaha akhbarnya Mohd Saiba Yaakob berkata, laporan melalui segmen Buletin Utama di stesen TV3 itu "tidak betul" kerana tidak menyampaikan kenyataan Nik Abdul Aziz dengan tepat.
"Laporan itu kata Tok Guru sokong bukan Islam guna (kalimah) Allah, tapi saya tidak pasti laporan itu dalam konteks apa," kata Mohd Saiba ketika dihubungi hari ini.
Katanya lagi, kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebenarnya tidak berbeza daripada kenyataan berhubung isu sama yang pernah dikeluarkan pemimpin PAS itu.
"Iaitu (maksud Nik Aziz) kalau dalam perbualan (orang Kristian guna kalimah Allah) tidak menjadi masalah, tetapi tidak boleh digunakan secara rasmi dalam akhbar, majalah atau buku," katanya lagi.
"Maksudnya (Nik Aziz), boleh guna tapi (orang Kristian) tidak boleh samakan Allah dengan tuhan, kerana Allah dalam Islam berbeza dengan konsep triniti Kristian sebab dalam Islam, Allah itu esa," jelasnya lagi.
Tambahnya, seorang setiausaha menteri besar itu ditugaskan untuk menyampaikan teguran kepada stesen TV3 berkaitan laporan tersebut.
"Wartawan pun tidak ada pada sidang media itu dan mereka ambil (kenyataan Nik Abdul Aziz) daripada sumber lain," kata Mohd Saiba lagi.
Ditanya sekiranya teguran itu melibatkan tindakan undang-undang atau tuntutan supaya TV3 memohon maaf kepada Nik Abdul Aziz, Mohd Saiba berkata "ia cuma teguran biasa."
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!