Anwar berkata, usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.
"(Usaha ini) daripada Jamaludin Jarjis mewakili Umno untuk beli ahli-ahli parlimen kita.
"Ini tindakan yang korup dan rakus. Tapi kerana beliau tidak layan, jumlah berapa juta (yang ingin ditawarkan itu) tidak disebut," katanya lagi.
Anwar yang juga ketua pembangkang memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya hari ini.
Ditemui Malaysiakini selepas itu, Azan berkata beliau tidak akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menganggap pelawaan itu dibuat atas dasar "kawan baik." - mkini
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!