Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau berharap syarikat dari Belgium itu segera mendapatkan perintah mahkamah bagi melelong Eye On Malaysia supaya kerajaan Melaka dapat membelinya.
"Jika dilelong, kerajaan negeri bersedia membayar hutang sebanyak RM17 juta itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem Pengawasan Bersepadu Melaka (MISSY) di Dewan Taming Sari MBMB di sini hari ini.
Fitraco NV memfailkan saman terhadap Eom dan MST Ad Suria Sdn Bhd (MST Ad Suria) pada 15 September tahun lepas, selepas syarikat terbabit gagal melunaskan hutang pinjamannya sebanyak RM17 juta bagi menyewa dan membawa buaian berkenaan ke Malaysia pada 2006.
Sebelum dipindahkan ke Melaka, Eye On Malaysia, buaian pusing terbesar di Asia Tenggara, beroperasi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur sejak 1 Januari 2007.
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!