Ahmad Said, ketika mengumumkan persaraan beliau, berkata “Adalah lebih baik saya meletak jawatan pada penghujung tahun dari pertengahan tahun bagi memudahkan pengganti saya, Abdu Kassim Mohamed merangka perancangan sepanjang tahun.”
Kapar S ManikavasagamTetapi Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam (gambar,kiri), ketika dihubungi oleh Free Malaysia Today memberitahu ini hanya helah beliau sahaja.
Projek ini bernilai di antara RM6 hingga RM7 juta dan barang-barang ini disediakan oleh syarikat Kraftangan Mariwasa kepada pelanggan (SPRM) menerusi Bina Yakin Enterprise.
“Beliau (Ahmad Said) mengambil keputusan untuk mengundur diri supaya aktiviti beliau tidak dapat dikesan dan takut berlakunya pertembungan kepentingan,” ujar beliau.
Menurut Manikavasagam, beliau kini sedang mengumpul maklumat lengkap tentang projek ini dan akan mendedahkan kepincangan yang dilakukan oleh bos SPRM ini dalam sedikit masa lagi.(sumber)
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!