Teringat pula wa akan MB Selangor yang lalu Mohd Khir Toyo dan keluarganya menggunakan wang Haram (Tanpa restu Rakyat) beserta pegawai kerajaan negeri yang lain, membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland.
Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.
Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini.
Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah:
1. Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir – Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.
2. Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut.
3. Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.
4. Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.
Bai : Hebat..hebat..hebat..SPRM buat-buat "BODOH"
ataupun memang "BODOH"..
ataupun memang "BODOH"..
http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!