Pergerakan Pemuda Umno Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas Ketua Umno bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi mengelak "pisang berbuat dua kali".
"Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya kecil lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang PAS," katanya ketika diminta mengulas kenyataan pihak tertentu yang mencadangkan Ibrahim diterima semula masuk sebagai ahli Umno.
Bazlan berkata, Ibrahim kini diawang-awang ekoran kedudukannya dipertikaikan oleh Pas kerana sering memberi reaksi negatif kepada parti itu.
Sehubungan itu beliau meminta cadangan itu diabaikan dulu sebaliknya mengajak semua pihak memberi tumpuan dalam membangunkan semula Umno.
"Saya percaya BN sudah diterima oleh masyarakat dan peluang untuk BN menang pada pilihan raya akan datang amat cerah," katanya.
Tahniah Umno Kelantan.. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.. Manusia spesis nie mamang tak layak untuk dijadikan ahli mana2 parti pon.. Biar dia mengelupur sorang2.. Ops.., SEKOR-SEKOR..
Terima Kasih umno Kelantan.. Aku memang tunggu saat ini untuk gelakkan katak bodoh nie.. Padan muka kau katak lahanat..
ReplyDeletePada muka mu bewok!! Buat umpan bewok sesuai mu ni...
ReplyDelete