10 July 2018

GERUN - OMBAK BESAR TELAN SABAH



BEAUFORT: Formasi awan luar biasa kelihatan seperti 'ombak besar' dan 'puting beliung' di beberapa daerah di pantai barat Sabah, pagi tadi, menggemparkan penduduk.

Keadaan gumpalan awan berkenaan disedari antara jam 7 pagi dan 7.30 pagi iaitu ketika cuaca mendung sebelum disusuli hujan lebat.

Penduduk setempat, Jamal Djupri, 37, berkata beliau melihat awan berkenaan sewaktu berada di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort ketika mahu memulakan sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bersama 25 pelajar sekitar jam 7.10 pagi.

"Fenomena ini bukanlah kali pertama dilihat kerana keadaan sama pernah berlaku pada tahun lalu dan 2016.

"Cuaca ketika itu mendung serta sedikit berangin. Bagaimanapun, selepas berlaku gumpalan ini kira-kira lima minit, hujan turun dengan lebat seperti tadi," katanya kepada BH.

Gambar formasi gumpalan awan luar biasa itu dikongsi secara meluas di laman sosial khususnya Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azmi Daud, berkata fenomena awan kelihatan seperti ombak pagi tadi dikenali sebagai garis badai Borneo atau kumpulan ribut petir dan tidak membahayakan.

Katanya, keadaan itu terbentuk di perairan dan persisiran pantai sekitar barat Sabah pada awal pagi akibat tiupan angin dari arah laut yang menyebabkan awan kelihatan bergulung-gulung seperti ombak.

"Ia boleh berlaku akibat tiupan angin Barat Daya sewaktu ke daratan menjelang pagi.

"Kita menjangkakan cuaca mulai akan kembali normal menjelang petang," katanya sambil berkata fenomena ini memang berlaku di negeri ini sebelum ini.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas