BlogList Malaysia

10 July 2018

Berkawan Baik Dengan CIA, Nik Abduh Disiasat Polis

Sepupu Nik Abduh sedia jadi saksi kes audio 'kawan CIA'



Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) kawasan Pasir Puteh, Kelantan, Mohd Sabri Salleh bersedia menjadi saksi kepada siasatan kes rakaman audio didakwa suara Anggota Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Mohd Sabri yang juga sepupu kepada Nik Abduh itu berkata, dia sudah dipanggil polis Kelantan semalam untuk menandatangani kesediaan sebagai saksi kes berkenaan.

"Saya dimaklumkan kes dipindahkan ke Bukit Aman kerana ia melibatkan kes berprofil tinggil, dan siasatan akan dimulakan," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Sabri hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh susulan satu laporan yang dibuatnya berhubung kes tersebut.

"Dipanggil polis susulan isu laporan polis saya berkaitan kes audio suara mirip Nik Abduh.

"Mengikut kenyataan pegawai polis di sini, kes ini dipindahkan ke Bukit Aman. Sebab ia kes berprofil tinggi. Siasatan akan dimulakan katanya," katanya dalam tulisan di Facebook.

Pada Februari lalu, klip audio tersebut tersebar di media sosial dan didakwa sebagai bukti Umno menyalurkan dana kepada PAS melalui pemimpin tertentu.

Rakaman selama kira-kira 80 saat itu mendakwa PAS meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanan PAS.

Antara lain, wang berkenaan didakwa bertujuan untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak demi menjatuhkan DAP.

Sementara itu, versi penuh audio tersebut - yang disebar kemudian - antara lain didakwa mendedahkan bagaimana beberapa pimpinan PAS mengambil wang daripada Umno atau anggota parti tersebut.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas