BlogList Malaysia

04 September 2013

Malaysia Bantah Amerika Serang Regim Syiah Basyar Al-Assad

Malaysia mengambil pendirian menentang sebarang kuasa luar melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Syria, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata campur tangan ketenteraan bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan konflik dalaman di Syria malah akan mengorbankan penduduk yang tidak berdosa dan kemusnahan harta benda di negara itu.


"Penyelesaian politik adalah yang terbaik. Kami tidak pernah percaya campur tangan ketenteraan akan menyelesaikan masalah... seperti dilihat di Libya, Iraq dan Afghanistan.

"Pendirian kami jelas iaitu kita perlu beri peluang kepada pihak yang bertelingkah supaya duduk semeja untuk berdialog dan berunding serta mencari penyelesaian yang memberi manfaat kepada negara terbabit," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Anifah berkata demikian bagi mengulas rancangan Amerika Syarikat untuk melancarkan serangan ketenteraan ke atas Syaria, yang didakwa menggunakkan senjata kimia terhadap penentang rejim pimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Mengulas peranan Liga Arab untuk membantu Syria menyelesaikan masalah dalaman negara itu, Anifah berkata cara terbaik ialah melalui rundingan dan perbincangan politik.

"Kami amat berharap Liga Arab akan menemukan penyelesaian bagi masalah ini kerana mereka merupakan negara yang mempunyai kaitan di rantau itu dan merekalah yang sepatutnya memutuskan cara terbaik yang patut digunakan Syria dan rantau itu agar kestabilan dan keselamatan terus terjamin," katanya.

Terdahulu, Anifah menyerahkan cek US$200,000 (RM657,233) kepada Duta Sudan di Malaysia Khalid Abdelgadir Shukri untuk membantu rakyat negara itu yang menderita akibat banjir sejak awal Ogos.

Dalam ucapannya, Anifah berkata sumbangan itu dikumpul daripada orang ramai melalui tabung bencana yang ditubuhkan kementerian berkenaan pada 2006 bagi meringankan bebanan penduduk di luar Malaysia yang dilanda bencana. – Bernama,

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas