BlogList Malaysia

13 January 2013

Umpan beras tapi Himpunan bersama Najib gagal saingi HKR

KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Program disertai Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cuba menyaingi Himpunan Kebangkitan Rakyat, terbukti gagal walaupun menawarkan pelbagai umpan dan dibantu media arus perdana.

Barisan Nasional terpaksa menggunakan beras dan barangan keperluan harian untuk mengumpan penduduk hadir ke Majlis Himpunan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Dataran Tesco Bandar Rinching, Semenyih, semalam.


Laman web, blog dan facebook pro-BN sendiri menyiarkan gambar pengunjung diangkut dengan bas ke tapak himpunan dan diupah dengan beras dan tepung.

Malah, ada yang pengsan kerana berebut habuan yang diagih dari dua treler dalam program anjuran parti komponen BN, Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF).


Kehadiran warganegara asing yang memakai baju berlogo BN dan 1Malaysia dikesan dalam pelbagai media sosial dalam program berkenaan.

Laman web klpos.com yang pro-Umno melapor hanya 40,000 hadir program itu manakala manakala Berita Harian Online melapor 15,000 orang.

Sementara itu, Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia yang dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kononnya mahu mengumpulkan puluhan ribu rakyat di Pekan, Pahang semalam tidak dibuktikan di mana-mana media arus perdana.


Sehingga kini langsung tiada laporan di mana-mana media arus perdana secara terbuka mengenai jumlah kehadiran sekali gus memberi gambaran acara itu tidak mendapat sambutan rakyat.

Bernama – sebuah agensi berita nasional hanya melapor pertemuan Muhyiddin dengan semua pengerusi parti komponen dan 70 ketua bahagian Umno BN Pahang dan langsung tidak menyebut jumlah kehadiran.

Kebanyakan media terutama akhbar Cina melapor kehadiran 500,000 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat manakala Pensyarah Matematik Tulen dan Falsafah Matematik di Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Alinor Abd Kadir menyatakan, jumlah kehadiran ialah 700,000 orang.

- keadilandaily.com/


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas