BlogList Malaysia

14 January 2013

Muslihat Anwar Gagal..

Muslihat Anwar guna himpunan gagal - Anuar Shaari

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Muslihat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan himpunan pembangkang semalam bagi mendapatkan pengiktirafan menjadi Perdana Menteri daripada para penyokong pakatan itu telah gagal.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, kegagalan tersebut jelas kerana kehadiran Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam perhimpunan berkenaan tidak mendapat sambutan daripada para penyokong pembangkang.


Jumlah kehadiran 40,000 orang semalam adalah terlalu kecil. Hanya empat peratus daripada sasaran awal mereka iaitu satu juta orang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, perhimpunan yang dianjurkan pembangkang di Stadium Merdeka itu sekadar menyaksikan kehadiran kira-kira 45,000 peserta dan dilaporkan ramai yang pulang sejurus Anwar memulakan ucapannya.

Jelas Anuar, tindakan ahli-ahli Pas keluar dari stadium ketika Anwar berucap menunjukkan protes senyap mereka yang mahukan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri.

Kata beliau, hakikatnya, ramai ahli Pas percaya tentang dakwaan yang dibuat Pengerusi DAP, Karpal Singh pada Oktober 1997.

“Himpunan pembangkang juga gagal daripada segi politik kerana masih ramai yang mahu mendengar keterangan isteri Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin sebagai saksi utama di mahkamah tentang perhubungan sulit antara mereka berdua (Anwar dan Shamsidar)," ujarnya. - Utuseks Malaysia


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas