BlogList Malaysia

23 November 2012

PAS Kesal Kerajaan Enggan Iktiraf HAMAS

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)mengecam kerajaan Amerika Syarikat mempertahankan Israel menyerang bumi Gaza dan membunuh umat Islam Palestin. Kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama yang mempertahankan tindakan Israel dengan alasan untuk mempertahankan diri mereka adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Amerika Syarikat masih memperlihatkan peranan mereka selaku pelindung utama kepentingan Israel sehingga sanggup menjadi ‘budak suruhan’ Israel dengan membenarkan apa sahaja tindakan Zionis ke atas umat Islam di Palestin. Dalam keadaan seluruh dunia mengecam tindakan rejim Zionis Israel, AS masih membutakan mata mereka daripada melihat kebenaran serta kezaliman yang dilakukan oleh Israel.


DPPM juga mengecam tindakan kerajaan Malaysia kerana masih enggan mengakui kerajaan Hamas sebagai kerajaan dan pertubuhan yang sah mewakili rakyat Palestin. Kerajaan Malaysia seperti menghina hak rakyat Palestin yang memilih kerajaan Hamas mewakili seluruh rakyat Palestin. Apakah ertinya kerajaan Malaysia meluluskan kecaman terhadap Israel tetapi dalam masa yang sama enggan mengiktiraf kerajaan Hamas yang telah dipilih oleh rakyat. Dalam hal ini, DPPM merasa kesal kerana kerajaan Malaysia menganggap Hamas sama seperti Pakatan Rakyat di Malaysia serta negeri-negeri yang diperintah oleh PR seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang dilayan seperti warga kelas kedua.

DPPM mengingatkan kerajaan supaya jangan bersikap bermuka-muka dalam mengangani isu Palestin. Kerajaan sepatutnya bertindak lebih agersif dan serius dalam menangani keganasan terhadap bumi Gaza. Setakat kecaman bukanlah suatu tindakan yang konkrit dan meninggalkan kesan mendalam terhadap Israel. Kerajaan perlu bertegas sebagaimana yang dilaungkan oleh Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi serta Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan yang memberi amaran keras terhadap Israel.

Justeru, DPPM mendesak supaya kerajaan Malaysia bersama negara umat Islam yang lain di bawah OIC untuk memberi amaran keras terhadap Israel serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dengan menghantar tentera bagi membantu perjuangan umat Islam Palestin. Sudah sampai masanya negara umat Islam dibebaskan dari belenggu ketakutan terhadap Israel dan naungannya, AS.

Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
Pengerusi Lajnah Antarabangsa merangkap
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

http://pemudagombak.com/v1/kenyataan-media-dewan-pemuda-pas-malaysia-kesal-kerajaan-enggan-iktiraf-hamas>


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas