BlogList Malaysia

28 November 2012

Nong Chik arah Masjid Ar-Rahman UM ditutup

KUALA LUMPUR 28 November: Selepas berhempas pulas menghentam dan memfitnah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam isu kebebasan beragama, Umno BN kini pula sanggup menutup rumah Allah demi kejahilan politik mereka.

Ia berlaku apabila Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) diarah tutup dalam minggu ini atas arahan kerajaan Umno BN.

Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berdasarkan maklumat yang diterima, penutupan masjid tersebut telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).


“Pihak Jawi sendiri sudah sahkan penutupan masjid itu dalam masa terdekat dan kami tahu mengenai perkara berkenaan dalam minggu ini juga.

“Arahan penutupan turut dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), atas arahan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun hingga ke hari ini, alasan penutupan belum lagi dinyata sehingga menimbulkan keresahan penduduk setempat.

“Pasal apa masjid itu ditutup, kita masih belum tahu. Sama ada masjid ditutup untuk orang awam sahaja ataupun sebaliknya pun kita tidak dapat pastikan lagi,” jelas Fahmi.

Ekoran itu, Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai akan mengadakan sidang media pada 1.30 petang ini di masjid tersebut.

Masjid Ar-Rahman terletak di Jalan Pantai Baru, Lembah Pantai dan di sebelah kiri ke pintu masuk utama UM.

http://www.keadilandaily.com/nong-chik-arah-masjid-ar-rahman-um-ditutup/


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas