17 October 2012

Tarik saman: Musa Hassan takut hadapi perbicaraan

KUALA LUMPUR 17 Oktober: Penarikan saman oleh Tan Sri Musa Hassan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sebagai cubaan bekas Ketua Polis Negara itu untuk membetulkan kesilapan lampaunya, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.

“Beliau mungkin dah sedar, apa yang dilakukannya sebelum ini adalah atas arahan politik, dan mengakui kenyataan Anwar selama ini benar, memang wujud konspirasi,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu.



“Malah beliau pun mungkin tahu, dirinya sudah di hujung tanduk dan dalam keadaan sekarang apa pun boleh berlaku, jadi eloklah dia bertaubat,” katanya kepada Keadilan Daily.

Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail pula menyifatkan penarikan saman tersebut menunjukkan ketakutan Musa untuk menghadapi perbicaraan.

“Kalau dia (Musa) teruskan, semua kebenaran akan terbongkar, dan dia mungkin kalah,” katanya.

“Alasan logik lain yang boleh kita fikirkan, barangkali dia sudah dapat ‘petunjuk’,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38063



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas