BlogList Malaysia

21 October 2012

DAP bidas Soi Lek manipulasi isu hudud

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke membidas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang didakwa menyifatkan “kalau pilih UBAH maksudnya pilih untuk hudud” sebagai kenyataan keterlaluan.

Loke ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, “MCA kini sekarang terpaksa menggunakan pembohongan untuk meraih undi” di kalangan masyarakat Tionghoa.

“Adalah tidak benar dan tipu apabila kalau kita pilih UBAH, ia bermakna kita pilih untuk hudud. Tujuan beliau cakap ini dalam kempen mereka untuk burukkan Islam.



“Walaupun DAP tidak setuju hudud, tetapi kita tidak burukkan Islam. Hudud ialah perjuangan Pas dan kita DAP hormati,” tambah beliau.

DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR) menggunakan slogan UBAH sebagai bahan kempen menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Soi Lek semalam meminta semua anggota parti itu supaya meningkatkan lagi publisiti dalam usaha menepis dakyah pembangkang.

Beliau berkata, usaha itu perlu diperhebatkan untuk mengelak rakyat daripada dikelirukan dengan dakwaan-dakwaan pembangkang.

Bercakap pada sidang media selepas taklimat tertutup bersama anggota MCA di Wisma MCA semalam, Soi Lek berkata, anggota parti itu juga perlu bijak menangkis janji pembangkang termasuk soal gaji minimum, penghapusan tol dan pelaksanaan hukum hudud yang disifatkannya hanya untuk memancing undi.

Beliau juga berkata, MCA turut menjelaskan isu hudud kepada masyarakat Cina untuk mengelak mereka daripada terus dimanipulasikan pembangkang.

"Ini bukan isu permainan politik, tetapi mungkin menjadi hakikat atau realiti jika mereka (pembangkang) menang (pilihan raya umum) dengan Pas menjadi teraju parti," katanya.



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas