11 September 2012

Simbah Cat - Samseng Umno Dikenalpasti Polis

Seorang samseng Umno yang terlibat dalam insiden simbah cat ke bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka Sabtu lalu berjaya dikenal pasti oleh salah seorang peserta rombongan semasa proses kawad cam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, petang tadi.

Seramai 11 suspek dipanggil menjalani proses tersebut dan pengecaman itu dikesan oleh Setiausaha Kerja Wanita Pusat KEADILAN, Maisuri Hamzah.

“Saya sahkan seorang individu iaitu pemuda bernama Sharidan yang memakai topi berwarna merah semasa insiden itu.


“Polis kemudian mengambil keterangan berhubung kawad cam, dan memberitahu bahawa saya ada mengambil gambar (Sharidan ketika insiden itu),” katanya ketika ditemui selepas selesai menjalani kawad cam kira-kira jam 4.00 petang tadi.

Menurut Maisuri, kes tersebut yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 247 Kanun Keseksaan (merosakkan harta benda awam) ditukar kepada Seksyen 248 untuk membolehkan tangkapan dibuat.

Selain Maisuri, turut sama membuat kawad cam, petugas pejabat KEADILAN, Abdul Hadi Suhaimi.

Kedua-dua mereka telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut pada hari kejadian.

Pada 8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan menyimbah cat ketika bas tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri KEADILAN Jasin di Kampung Kelubi, Melaka.

Ia berlaku kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.

Minggu lalu, pada jelajah sulung Merdeka Rakyat ke empat buah negeri, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.

Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat. -KD


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas