10 September 2012

PKR adakan makan malam TERBESAR di Johor: Samseng tidak patahkan semangat kami- Jui Meng

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agak cemas akan peristiwa keganasan yang dilakukan oleh samseng politik yang juga penyokong BN dengan peristiwa menyimbah cat ke atas bas yang dinaiki beliau, mereka juga memberhentikan konvoi beliau dan juga memaksa polis menangkap pengawal peribadi Anwar kerana cuba melindunginya.

Namun, Anwar tidak akan membiarkan ugutan ini mematahkan usaha jelajah ke serata Malaysia untuk menemui pengundi sebelum pilihanraya umum ke 13, yang mungkin akan diadakan pada November ini.


Semua tertumpu kepada destinasi Anwar yang seterusnya- Johor, tempat lahirnya Umno yang juga merupakan kubu kuat BN.

Tidak percuma TETAPI sudah habis dijual

Memandangkan reaksi yang agak ganas dari penyokong Umno-BN di Melaka, yang cuba menyekat konvoi bas pada hujung minggu untuk masuk, suatu pertemuan yang mendebarkan akan dijangka apabila Anwar mula menjelajahi Johor pada Jumaat, 14 September ini (Jelajah Bas Anwar Ibrahim).


"Tiada perubahan dalam rancangan langsung. Kami tidak akan takut pada samseng politik yang cuba bermain kasar kerana dengki. Rakyat Johor sedang memerhati dan mereka adalah penentu apa jenis politik yang mereka mahu bertapak di negeri mereka," ketua PKR Johor Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Anwar akan melawat beberapa bandar bersama-sama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dan pada waktu malam, kami akan mengadakan makan malam terbesar yang belum pernah disaksikan oleh rakyat Johor. Ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat di negeri ini kerana sokongan dan semangat yang diberikan kepada kita semasa ceramah sejak setahun yang lalu. Memang ia bukanlah percuma, tetapi ianya bertujuan untuk mengutip dana, tetapi rakyat Johor akan berpeluang untuk berkumpul dan bertemu serta mendengar sendiri amanat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. "

Sudah, 800 meja telah dijual sepenuhnya. Makan malam yang dianjurkan oleh bahagian Jui Meng ini akan diadakan di tempat letak kereta Sutera Mall di Skudai. Jadual lawatan Anwar belum ditetapkan lagi tetapi lawatan mungkin akan bermula di Ledang pada pukul 11 pagi.

Terancam


Johor, dan juga Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak disifatkan sebagai 4 negeri dalam senarai paling terancam BN. Pakatan dijangka membuat kejutan besar di empat negeri ini semasa PRU ke-13 nanti.

Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri. Dalam pilihan raya umum 2008, BN Johor kehilangan hanya satu kerusi parlimen dan 6 kerusi Dewan Undangan Negeri. Ia telah banyak menyumbang dalam mengekalkan kekuasaan BN, sebab itulah ia dikenali dengan nama "kubu" Umno-BN.

Tetapi langit tidak kekal cerah bagi BN selepas itu. Bukan sahaja Umno kehilangan sokongan orang Melayu, tetapi parti komponen BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC mungkin akan lenyap selepas PRU ke-13 kerana pengundi sudah muak dan melarikan diri dari parti-parti ini.

"Untuk mendapatkan gambaran bagaimana Johor berada dalam keadaan yang mencemaskan bagi BN, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk meneliti bilangan kerusi yang dipegang oleh MCA, MIC dan Gerakan di sini. Selebihnya dipegang oleh Umno dan jika anda telah menghadiri ceramah Pakatan dan memerhatikan kadar peratusan Melayu yang besar, maka anda akan memahami kenapa Umno mula panik," kata Jui Meng.

"Ia juga begitu ketara bahawa PAS cukup yakin untuk menggunakan Naib Presidennya Salahuddin Ayub untuk bertanding kerusi DUN di sini supaya jika Pakatan menang di Johor, Salahuddin akan menjadi ketua menteri dan begitulah yang ditetapkan oleh Pakatan."

7 daripada 15 kerusi Parlimen dan 12 daripada 35 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi MCA adalah di Johor. Bagi Gerakan, salah satu daripada dua kerusi parlimen dan 2 daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri mereka berada di Johor. Begitu juga MIC, satu daripada tiga kerusi Parlimen dan empat daripada tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri berada di Johor. Selebihnya dipegang oleh UMNO.

Malaysia Chronicle


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas