04 September 2012

Pakatan Menang Putrajaya, Gaji Polis Akan Naik..

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat merangka tiga strategi untuk penambahbaikan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan Rakyat akan mengadakan pembahagian semula sumber manusia dalam PDRM dengan menempatkan anggotanya di bahagian yang kritikal.

"Bukan tambah kakitangan tapi anggta di tempat yang tidak kritikal kita pindah kepada tempat yang kritikal iaitu untuk membasmi jenayah," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat majlis setiausaha Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, dekat sini hari ini.


Mengulas lanjut, Mustafa berkata, pembahagian semula anggota itu kerana bahagian penyiasatan dan pencegahan jenayah kekurangan tenaga sehingga terpaksa mengendalikan 20 kes dalam sebulan berbanding lima kes sebelum ini.

Strategi kedua katanya adalah dengan menaikkan gaji anggota PDRM berdasarkan suasana semasa.

"Kita tak tetapkan berapa gaji yang akan dinaikkan tapi akan ada kenaikan berdasarkan prestasi mereka," katanya.

Strategi ketiga kata Mustafa adalah meningkatkan teknologi dan komunikasi PDRM iaitu memberi tumpuan kepada kebolehan membasmi jenayah.

"Dari segi siasatan forensik, analisis forensik, itu perlu ditingkatkan bagi memastikan keberkesanan PDRM membasmi jenayah," katanya.

Hadir sama Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok, serta Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Pakatan Rakyat Julai lalu memaklumkan akan memasukkan kajian mengenai penambahbaikan PDRM dalam bajet 2012 mereka bagi mengemukakan satu kaedah yang dapat menyelesaikan masalah peningkatan jenayah. - HD


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas