BlogList Malaysia

11 September 2012

Pakatan anjur Konvensyen Mega di Stadium Bukit Jalil 3 November

KUALA LUMPUR 11 September: Pakatan Rakyat (Pakatan) akan mengadakan konvensyen meganya di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu, 3 November depan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di pejabat agung PAS, di ibu negara tengahari tadi.

“Kami telah putuskan untuk mencadangkan kepada pimpinan esok untuk diadakan satu Konvensyen Mega Pakatan Rakyat pada 3 November akan datang yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil.


“Kami akan mematuhi (undang-undang). Kerajaan tidak boleh ada alasan (untuk halang). Dia (kerajaan) dah janji nak benarkan buat (program) dalam stadium.

“Kalau tak bagi, (bermakna) janji tak ditepati,” katanya disambut ketawa pengamal media.

Mustafa turut memaklumkan, sambutan Hari Malaysia Pakatan Rakyat akan diadakan di Sabah pada 15 September, manakala di Sarawak pada 16 September ini.

Selain itu, satu lagi program berkaitan agenda wanita Pakatan Rakyat akan berlangsung di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7 Shah Alam pada Khamis ini, 13 September.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35838


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas