BlogList Malaysia

03 September 2012

Nurul Syuhada perjelas isu Bintulu 'daif'

Pengacara jelita TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain menjelaskan bahawa isu Bintulu yang disifatkannya sebagai 'daif' dalam satu laporan lintas langsung stesen tersebut perlu difahami dalam konteks sebenar laporan itu dibuat.

Menurutnya, perkataan 'daif' digunakan untuk menggambarkan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia yang kini bertukar wajah kerana manfaat pelan transformasi.


Beliau bagaimana pun meminta maaf kepada mereka yang tersinggung dengan kenyataannya.

"Sebagai anak jati Malaysia, saya tidak akan mengkritik tanah air saya sendiri atau mana-mana daerahnya.

"Kepada yang tersinggung, saya minta maaf, dan kepada mereka yang cuba menyemai kebencian dan fitnah, Tuhan sahajalah pengadil sebaiknya buat anda," tulis Nurul Syuhada pada laman Facebook beliau.

TV3 dalam laporan di Buletin Utama semalam turut membuat permohonan maaf yang sama.

Pemuda PAS Sarawak dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebelum ini dilaporkan terguris dengan kenyataan Nurul Syuhada itu dan menggesanya meminta maaf secara terbuka bagi meredakan kemarahan penduduk Bintulu.

Mereka beranggapan Nurul Syuhada kurang arif dengan kedudukan Bintulu sebagai antara penyumbang utama pendapatan negara dengan hasil gas dan minyaknya.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas