BlogList Malaysia

24 September 2012

Lawak Bodoh & Bangang Dari Perkasa.. Hehehe

PERKASA 'tikam & bakar' penerbit filem anti-Islam

Sekumpulan kira-kira 800 orang anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA berhimpun bagi menyatakan bantahan ke atas Nakoula Basseley, individu yang didakwa bertanggungjawab ke atas penerbitan filem yang menghina Islam, Innocence of Muslims.

Kumpulan berkenaan turut membakar satu patung sebagai gimik bantahan ke atas Basseley dalam perhimpuinan di perkarangan PPR Desa Tun Razak, Cheras malam tadi.



Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mengetuai kumpulan itu turut menikam patung berkenaan dengan sebilah keris dan mencucuh api ke atas patung berkenaan sehingga terbakar menjadi abu.

Tindakan Ibrahim itu disambut dengan laungan takbir dan slogan "Malaysia Boleh" oleh individu yang hadir.

Turut hangus dibakar adalah sepanduk dengan tulisan "Nakoula you're bastard you're hand to evil" (Nakoula anda anak haram, anda tangan syaitan) yang dikalung ke leher patung tersebut.

Upacara membakar patung itu kemudiannya diraikan dengan jamuan makan malam yang disediakan penganjur bersama iaitu Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak dan Jaringan Gerak Usaha Anak-anak Pasir Mas Selangor dan Wilayah.

Dalam ucapannya sebelum itu Ibrahim menggesa orang Melayu Islam memelihara perpaduan mereka daripada ancaman yang akan menyebabkan kedudukan mereka seperti "telur di hujung tanduk".

"Sebab kalau kita berkelahi, bermusuh, malapetaka akan menimpa kita. Sekarang ini kita tahu penghinaan terhadap junjungan besar (Nabi Muhammad) terus menjadi-jadi," katanya.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan main puteri dan dikir barat, manakala Ibrahim turut bermain alat muzik dalam persembahan berkenaan.



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas