26 September 2012

Auta Jamil Khir Akhirnya Terburai..

KUALA LUMPUR 26 September: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengaku permohonan kerajaan Malaysia untuk menambah kuota haji ditolak oleh Kerajaan Arab Saudi bukan disebabkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah April lalu.Menurutnya, permohonan tersebut ditolak disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan di Kota Suci itu.

Ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang mahukan penjelasan berkenaan langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan kouta haji tidak terjejas akibat perhimpunan tersebut, Jamil Khir cuba mengaitkan kegagalan permohonan tersebut disebabkan Bersih 3.0.



Seraya itu, beberapa Ahli Parlimen Pembangkang bangun mencelah dan menyanggah kenyataan Jamil Khir.“Renovation Datuk Menteri…Mekah tengah buat renovation,” sanggah mereka sambil disambut lain-lain Ahli Parlimen yang juga tidak berpuas hati terhadap penjelasan tersebut.

Selepas diasak, beliau akhirnya mengaku perhimpunan Bersih yang berlangsung di negara terbabit tidak menimbulkan persepsi buruk kepada Malaysia.“Ia cuma andaian sahaja…Bila berlaku perhimpunan Bersih di Mekah, ia menimbulkan persepsi mengaitkan dengan Bersih 3.0,” kata beliau dalam Dewan Rakyat.

Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini.Sebelum ini, isu kuota haji dipolitikkan kerajaan Umno BN kononnya tindakan segelintir rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas menyebabkan kerajaan Arab Saudi menyekat tambahan kuota itu. ~kd



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas