BlogList Malaysia

07 August 2012

Kerajaan Bantu Polis, Polis Bantu Kerajaan - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbaiah dengan kerajaan untuk membantu mengharmonikan negara.

"Kita berbaiah sesama kita. Kalau kerajaan bantu PDRM, PDRM akan bantu kerajaan dan negara.

"Kita sama-sama bantu untuk bawa negara ke arah yang selamat, harmoni dan masa depan yang cemerlang," katanya pada majlis berbuka puasa bersama warga PDRM di Kuala Lumpur.


Turut hadir sama ialah Ketua Polis negara, Tan Sri Ismail Omar.

Majlis berbuka puasa ini juga turut dihadiri kira-kira 5,000 warga PDRM.

Selain itu, Najib juga berkata kerajaan juga akan sentiasa membantu PDRM sekiranya badan keselamatan itu berada dalam kesusahan.

Jelasnya, walaupun keadaan kewangan yang terbatas, sokongan terhadap PDRM perlu diteruskan.

"Saya nak katakan bahawa saya senang hati sebab saya nak tahu keadaan sebenar, kalau polis dalam keadaan susah, kerajaan tak boleh pandang ringan.

"Apa yang saya harap, tuan-tuan faham, kerajaan ada juga kekangan kewangan yang ada juga batasnya. Dalam keadaan tertentu, kita harus menyokong PDRM untuk lebih berjaya lagi," kata Najib lagi.

Pada majlis itu juga, Najib menyampaikan sumbangan kepada beberapa anggota polis antaranya polis yang cedera semasa menjalankan tugas pada perhimpunan BERSIH 3.0 sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan mereka.

http://www.malaysiakini.com/news/205727


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas