26 July 2012

PM cuma beri 1/2 bulan gaji, S’ngor pula dapat 2 bonus raya

SHAH ALAM 26 Julai: Kerajaan Selangor hari ini meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam negeri itu bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Berbeza dengan bonus yang diumum Perdana Menteri kepada penjawat awam semalam, Kerajaan Selangor turut meluluskan bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200.

“Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN).


“Kedua-dua bonus ini akan dimasukkan dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan.

Menurutnya, sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk tujuan itu.

Khalid berharap pemberian bonus kali ini dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat persediaan Aidilfitri.

“Pada masa sama, Kerajaan Selangor mahu menggalakkan kakitangan awam menabung demi masa depan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33453


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas