BlogList Malaysia

31 July 2012

George Kent-Lion Pacific menang tender LRT Ampang

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan George Kent-Lion Pacific JV sebagai pemenang bidaan kontrak untuk projek tambahan LRT Ampang, petang tadi.

Projek yang bernilai RM7 billion itu merangkumi laluan baru dari laluan Kelana Jaya dan laluan Ampang yang akan bersambung di stesen baru di Putra Heights.

Projek tambahan LRT Ampang ini akan merangkumi sepanjang 17.7 kilometer dari Stesen Sri Petaling dan akan mempunyai 11 stesen baru dengan dua stesen tambahan untuk masa hadapan.


Sebelum ini, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli berulang kali mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campurtangan dalam proses bidaan projek ini untuk memberi kepada George Kent yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan beliau.

Projek tambahan LRT Ampang ini juga tersenarai dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk membangunkan perkhidmatan pengangkutan awam di tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Projek ini dijangka akan menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi di kawasan yang terlibat dalam laluan ini dandijangka akan siap pada 2014 dan menambah kapasiti penumpang LRT sebanyak 300,000 orang setiap hari.

Sebelum ini Rafizi pernah mendakwa, laporan dari Halcrow, sebuah perunding kejuruteraan terkemuka dunia membuktikan bahawa George Kent JV tidak mempunyai kemampuan dalam teknikal dan kewangan.

Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan (JPMK) sebelum ini memilih syarikat Balfour-Beatty dalam bidaan sebelum ini, tetapi Najib telah memilih George Kent JV untuk projek tambahan LRT Ampang yang bernilai RM1 billion itu, kata Rafizi lagi.

“Dalam projek NKRA ini, kesan dari projek tambahan ini akan dapat menyenangkan orang ramai untuk bergerak di Lembah Kelang, bahkan meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan,” kata Masnizam Hisham, ketua komunikasi Prasarana dalam sebuah kenyataan media yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider petang ini.

http://penburukonline.blogspot.com/2012/07/apabila-timbalan-menteri-kewangan.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas