BlogList Malaysia

08 June 2012

Separuh Masyarakat Cina Yakin Dengan Pakatan Rakyat

Mereka menyokong pembangkang kerana merasakan pembangkang akan membentuk kerajaan selepas ini.

PETALING JAYA: Pilihan umum 2008 mencatat keputusan mengejutkan di Perak. Dan men jelang PRU 13, Perak masih menjadi rahsia sama ada kekal kepada BN atau dirampas semula Pakatan Rakyat sebagaimana 2008.

Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP merampas kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli dalam pilihan raya bersejarah itu.

Bagaimanapun, angkara dua PKR dan seorang DAP belot, BN merampas semula Perak dalam bulan Mac 2009.


BN meramalkan mereka akan menang dalam pilihan raya umum 13 dengan mendakwa tidak ada lagi kawasan hitam bagi mereka.

Manakala Pakatan Rakyat sangat yakin mereka akan merampas kembali kerajaan negeri kerana menganggap negeri itu merupakan sasarannya.

Perak mempunyai 59 kerusi negeri dan 24 parlimen. BN menang 13 kerusi Parlimen dan 28 kerusi DUN.

Penganalisis politik Perak Prof Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar berkata, berdasarkan perkembangan politik terkini peluang BN dan Pakatan Rakyat 50-50 tetapi pemerintah mempunyai kelebihan sedikit.

Umno harap pengundi Melayu

“Kelebihan itu kerana `faktor’ rakyat yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Zambery Abdul Kadir.

“Gabungan Pusat dan negeri ini menyebabkan sebahagian pengundi yang dalam pilihan raya umum 2008 mengundi Pakatan Rakyat telah kembali ke pangkuan BN.

“Bagaimanapun, BN masih bergantung kepada pengundi Melayu kerana pengundi Cina tetap menyokong Pakatan Rakyat.

“Orang Cina menyokong pembangkang kerana mereka merasakan Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan selepas ini.

“BN pula , tidak boleh mengharapkan pengundi India sepenuhnya tetapi ramai telah kembali menyokong BN. Begitu juga pengundi atas pagar,” katanya.

Dr Abdul Latif menegaskan satu lagi kelebihan BN ialah Pakatan Rakyat sudah bercelaru dan sokongan kepada PKR juga merosot.

Katanya, orang Melayu semakin berpecah dan jika Umno boleh menyatukan mereka, Umno akan mendapat undi yang banyak.

DAP pula menggunakan perpecahan orang Melayu untuk mendapat undi dari mereka, tambah beliau lagi.



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas