07 June 2012

Mahathir Tak Pernah Takut Siapapun Kecuali Kalah Dalam Pilihanraya

KUALA LUMPUR 7 Jun: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah takut untuk diheret ke mahkamah selagi Umno masih berkuasa dan perkara itu adalah mustahil disebabkan polis serta institusi kehakiman negara turut dikuasai parti itu, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Memanglah dia (Mahathir) tidak takut kerana selagi Umno memerintah, amat mustahil untuk polis menyiasat apatah lagi mengheret dia ke mahkamah.


“…Dr Mahathir yang saya kenali mempunyai dua ketakutan iaitu yang pertama takut pada kebangkitan rakyat terutama bila rakyat turun ke jalan raya bagi membantah secara aman penyelewengan atau salah laku kerajaan, pasti polis akan diarahkan bertindak kasar,” jelasnya kepada Keadilan Daily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang mengulas kenyataan Mahathir kononnya beliau tidak gentar untuk ke mahkamah sebagai reaksi kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mendedahkan skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Tambah Saifuddin, ketakutan kedua Mahathir pula ialah apabila legasi atau perkara yang dilakukan sepanjang pemerintahannya terbongkar.

“Contohnya seperti wang Petronas yang digunakan beliau (Mahathir) bagi membayar hutang anaknya, Mirzan semasa krisis ekonomi 1997 hingga 1998, tapi pastinya tidak akan ada siasatan polis selagi Mahathir masih ada,” katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, kebelakangan ini, Mahathir paling banyak mengeluarkan kenyataan seolah-olah beliau yang menentukan hala tuju dan strategi Umno untuk menang pilihan raya.

“Mahathir sebenarnya takut melihat kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir serta Suharto di Indonesia yang terus diheret ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman.

“Perkara yang sama akan berlaku pada Mahathir jika berlaku peralihan kuasa dan desakan rakyat untuk menuntut keadilan,” kata Saifuddin lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31284



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas