21 May 2012

Musnahkan Pas - Cadangan Paling Kurang Ajar Dari Zainudin Maidin

KUALA LUMPUR: Pakar media Umno, Datuk Zainudin Maidin atau Zam menentang keras cadangan muzakarah Umno dengan PAS sebaliknya mencadangkan PAS dilumpuh dan dimusnahkan. (Tulisan Zam dalam Utusan hari ini)

"PAS tidaklah seharusnya menjadi pilihan Umno untuk perpaduan Melayu tetapi sebaliknya perpaduan Melayu hanya akan wujud dengan melumpuhkan PAS," tulis Zam dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Bekas Menteri Penerangan dan Ketua Pengarang Utusan itu berkata, "kesempatan haruslah diambil daripada keruntuhan moral dan kekalutan politik PAS sekarang untuk memusnahkan sama sekali PAS."


Pendirian Zam ini dipercayai pendirian kebanyakan pemimpin Umno dalam menghadapi PAS.

Mereka bukannya mahu bermuzakarah dengan PAS tetapi mahu menghancurkan PAS sama sekali dengan menimbulkan keraguan di kalangan ahli PAS kepada pemimpinnya.

Mereka juga bertujuan untuk melahirkan keraguan rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat terhadap hala tuju perjuangan PAS di negara ini.

Sejak kebelakangan ini, media Umno itu galak benar menyiarkan berita berkaitan dengan cadangan muzakarah yang disebut oleh pimpinan PAS.

Cadangan muzakarah dengan semua NGO dan parti politik untuk menerangkan dasar PAS dijadikan cadangan PAS untuk bermuzakarah dengan Umno dan menghasilkan anggapan PAS mahu bergabung dengan Umno.

Tun Dr Mahathir pula hari ini mendakwa PAS tidak ikhlas mahu bermuzakarah dengan Umno.

Sebab itulah, katanya, perlbagai alsan dicari PAS untuk menggagalkan usaha itu.

Padahal, PAS menawarkan muzakarah kepada semua NGO dan parti politik untuk menerangkan Islam yang dibawanya tetapi Umno merosakkannya dengan berkata PAS mahu bermuzakarah dengan Umno.

Harakah Daily



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas