24 May 2012

Jualan Utusan Sudahlah Tak laku.. Kena Bayar Saman Fitnah Pulak..

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya akhbar itu membayar gantirugi RM60,000 kepada Khalid Samad berhubung satu tulisan di akhbar tersebut yang didapati memfitnah MP Shah Alam itu.

Laporan Harakahdaily hari ini menyebut, mahkamah turut memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Khalid Samad.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hihamudin Mohd Yunus yang mengetuai panel tiga hakim ketika membacakan keputusan itu menyatakan bahawa panel berkenaan menolak rayuan Utusan yang gagal mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum memfailkan rayuan mereka.


Keputusan itu dibuat mengikut Seksyen 68(1)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa rayuan untuk tuntutan kurang dari RM250,000 wajib mendapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Prasad Sandhosham Abraham pada 21 November lalu memutuskan bahawa berita bertajuk Zulkifli bidas 'Pak Janggut' yang disiarkan di muka hadapan Utusan pada 10 September 2009 adalah memfitnah Khalid.

Khalid hari ini diwakili oleh Azhana Khairudin manakala Utusan diwakili Mohana Kumar.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas