BlogList Malaysia

24 May 2012

2 bank tarik diri beri pinjaman beli saham FGVH

Dua buah bank yang dikatakan terbabit dalam memaksa peneroka Felda menandatangani borang pinjaman untuk pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH), telah bersetuju untuk membatalkan permohonan yang telah dikemukakan kepada mereka, dakwa NGO berkaitan PAS - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

Kedua-dua institusi kewangan itu bersetuju untuk membatalkan
borang pinjaman yang diserahkan oleh kira-kira 153 peneroka, yang juga plaintif dalam kes permohonan injunksi yang didengar di Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini, kata Presiden ANAK, Mazlan Aliman (kiri) semalam.


Menurutnya, salah sebuah daripada bank tersebut menulis kepada peguam plaintif di Pahang untuk memaklumkan keputusannya untuk menarik diri daripada skim pinjaman tersebut, manakala yang satu lagi "dijangka berbuat demikian sedikit masa lagi".

Mazlan berkata, penarikan diri bank-bank tersebut membuktikan bahawa asas tuduhan mereka adalah betul, iaitu memang terdapat unsur penipuan dalam meminta peneroka menandatangani borang pinjaman.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama kedua-dua buah bank berkenaan sementara menunggu respons kepada soalan kami.

Mazlan memberita demikian kepada pemberita selepas mesyuarat antara ANAK dengan pegawai jabatan maklumat Bank Negara semalam.

Dalam pertemuan tersebut, ANAK mengemukakan memorandum kepada Bank Negara berhubung dakwaanya mengenai perjanjian pinjaman yang dipaksa ke atas lebih 80,000 peneroka Felda yang telah menandatanganinya tanpa pemahaman sepenuhnya, dan turut menamakan tujuh buah bank yang menawarkan pinjaman tersebut.

Mereka ialah Bank CIMB Bank, AmBank Bhd, Maybank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Bhd, Affin Bank Bhd dan OCBC Bhd.

http://www.malaysiakini.com/news/198855


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas