BlogList Malaysia

06 April 2012

Wira Perkasam beri amaran umat Islam jauhi Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 6 April — Wira Perkasa telah memberi amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya yang bebas dan adil 28 April ini kerana ia diketuai oleh Datuk Ambiga Sreenavasan, yang menurut mereka anti-Islam dan “pengkhianat” bangsa.

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata kepada The Malaysian Insider, bekas Presiden Majlis Peguam itu telah terlalu jauh menyimpang dari perjuangannya, menambah beliau “sekali lagi” menunjukkan tindakan kurang hormat kepada umat Islam dengan mengadakan protes kali ini.


Menurut Irwan, beliau akan melaksanakan “apa sahaja tindakan untuk menentang Ambiga”, mengulang pendiriannya melabel Ambiga sebagai pengkhianat kepada umat Islam dan negara.

“Beliau menyokong Seksualiti Merdeka ... dan banyak lagi isu, menentang prinsip Islam. Saya tidak boleh lagi menerimanya.

“Saya akan menentangnya walau dalam apa sahaja keadaann ... saya akan menentang beliau. Saya tidak kisah. Saya bukan ahli politik, saya tidak rugi apa-apap,” katanya yang dihubungi semalam.

Bila ditanya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said turut menjadi pemimpin Bersih, Irwan menambah, beliau mempunyai isu tertentu terhadap kerajaan sedia ada.

“Mungkin ada sesetengah perkara yang tidak dipersetujui beliau terhadap kerajaan. Tapi adalah tindakan yang merugikan apabila seorang negarawan bersikap sedemikian ... adakah tindakan patriotik duduk di tepi jalan dan mengadakan protes?

“Ia bukan tindakan orang bijak,” katanya.

Irwan bagaimanapun menjelaskan bahawa Perkasa masih belum menetapkan tindakan susulan terhadap rancangan protes Bersih tersebut.

Ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mengumumkan sebuah protes bantahan dengan penyokongnya pada hari yang sama, tetapi kemudian menarik balik keputusan berkenaan dan menarik diri dari perhimpunan tersebut.

Irwan menambah pemimpin organisasi berkenaan akan mengadakan perbincangan terhadap tindakan mereka yang selanjutnya.

“Saya ingin mengkritik Ambiga kerana protes tersebut,” katanya.

Beliau turut mendakwa Bersih 3.0 mungkin telah diinspirasikan oleh “kuasa luar” dengan niat untuk menjatuhkan pemerintahan sedia ada melalui penghinaan terhadadap Melayu, Raja-Raja Melayu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Tapi seperti yang saya katakan sebelum ini ... sekiranya Pakatan Rakyat (PR) tidak berpuas hati, sekiranya mereka berkeras mendakwa pilihan raya tidak adil dan bersih, mereka perlu membubarkan kerusi negeri yang dikuasai mereka,” katanya.

Menurut Irwan, ini kerana kemenangan PR itu adalah berdasarkan sistem sedia ada yang mana mereka telah memenangi lima negeri sewaktu Pilihan Raya 2008.

“Saya harap Muslim di negara ini akan terus kekal kepada agama dan menjauhkan diri dari Bersih 3.0 kerana ia diketuai oleh orang yang bukan sahaja pengkhianat bangsa, tetapi juga kepada Muslim,” katanya.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas