BlogList Malaysia

10 April 2012

NFC: Keracunan kuprum bukan perkara asing

National Feedlot Corporation (NFC) hari ini menyelar DAP kerana didakwa menakut-nakutkan pengguna dengan mengaitkan kematian lembu ternakan syarikat itu dengan isu keracunan kuprum.

Satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu menyebut bahawa kejadian keracunan kuprum yang dialami lembu NFC, seperti didedahkan setiausaha publisiti DAP Tony Pua semalam, bukanlah perkara asing dalam isu ternakan lembu.

Kenyataan tersebut memetik pengawai veterinar NFC, Dr Md Dali Baba sebagai berkata, keracunan kuprum biasa berlaku dalam industri tersebut manakala keracunan teruk pula biasa berlaku di beberapa tempat di dunia.


Tambahnya, keracunan kuprum itu juga bukan satu penyakit tetapi berlaku akibat pengambilan kuprum yang tinggi oleh lapan ekor lembu tersebut – dikesan akibat memakan isirung kelapa sawit.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa kesemua daging NFC diperolehi daripada binatang yang disembelih, diperiksa rapi, serta disahkan halal dan selamat untuk dimakan manusia.

"Fakta bahawa MP Tony Pua telah melihat laporan ujian oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar membuktikan bahawa wujud standard tinggi dalam cara NFC menjalankan operasinya," kata Md Dali lagi.

Kenyataan itu juga menyebut, lembu NFC yang mati disiasat untuk mengetahui sebab kematian dan dilupuskan sewajarnya.

Beliau mengulas desakan Tony Pua semalam supaya menteri pertanian Datuk Seri Noh Omar mengesahkan keselamatan daging lembu yang diusahakan syarikat tersebut ekoran dakwaan bahawa ternakan itu mengalami keracunan.

Pua juga menuntut Noh supaya mengesahkan sekiranya semua daging yang dikeluarkan oleh NFC itu bebas daripada bahan kimia kuprum.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas