06 April 2012

Beza Nurul Izzah Dan Raja Bersiong (Dipilih Dan Dilantik)

Raja Nong Chik sifat dakwaan Nurul bermotif politik

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyifatkan tindakan Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mempertikaikan prosedur pengambilan tanah projek pembangunan semula rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi sebagai bermotifkan politik.

"Perkara yang dibangkitkan oleh Nurul Izzah sengaja disensasikan bagi melihat projek tersebut gagal dilaksanakan dan memberikan kelebihan pula kepadanya," katanya.

Mengambil contoh pembangunan semula Flat PKNS empat Tingkat di Jalan Jelatek (Datum Jelatek) oleh kerajaan Selangor pada 2010, Raja Nong Chik berkata kerajaan Selangor juga tidak mendapat persetujuan 100 peratus daripada penduduk.


"Mengapa apabila kerajaan negeri Selangor menggunakan Akta Pengambilan Tanah, perkara ini tidak menjadi isu tetapi di Wilayah Persekutuan dipolitikkan pula," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Lesen Sementara Penjaja Statik di ibunegara semalam.

Beliau berkata menerusi tindakan Nurul Izzah itu secara tidak langsung mahu dilihat kononnya beliau adalah pejuang kepada kelompok minoriti 35 penduduk yang menentang dan enggan berpindah.

"Sedangkan hakikatnya penghuni berkenaan tidak langsung mengambil kira kepentingan dan penderitaan 432 penghuni lain yang secara terbuka dan bersedia menerima pembangunan di tapak kediaman asal mereka," katanya.

Beliau berkata 432 (421 penghuni dan 11 peniaga di unit kedai) dari 467 penduduk telah menerima tawaran, hanya 35 sahaja yang menentang dan tidak bersetuju.

Mengenai Lesen Sementara Penjaja Statik, Raja Nong Chik berkata ini selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya diberi peluang kepada penjaja kecil untuk berniaga secara sah selagi perniagaan mereka tidak mendatangkan masalah kepada penduduk setempat.

Raja Nong Chik berharap penjaja berkenaan akan menjalankan perniagaan mereka dengan penuh tanggungjawab serta tidak menyusahkan penduduk setempat, kerana sekiranya ada aduan pihak Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan.

Seramai 35 orang penghuni Rumah Pangsa Taman Gasing Indah Fasa I menerima lesen penjaja sementara untuk berniaga di kawasan lapang bekas tapak setinggan Kampung Pasir Kiri.

Lesen sementara selama enam bulan itu tertakluk kepada syarat seperti kebenaran penggunaan tapak adalah berstatus sementara, peniaga dibenarkan mendirikan struktur sementara dan tidak menimbulkan halangan dan setiap peniaga perlu menjalankan sendiri perniagaan mereka.

- Bernama


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas