BlogList Malaysia

19 March 2012

Pinjaman NFC - Kalau Dah Tak Bayar Balik Kira Curi Laa Tu...

KUALA LUMPUR: National Feedlot Corporation (NFCorp) masih belummemulangkan ansuran pembayaran pinjaman dana awam bernilai RM250 juta bagi tujuan pembinaan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang mereka terima pada 2008.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri AzmiKhalid berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa NFCorp sepatutnya mula membuat pembayaran pinjaman itu sejak Januari lalu.

"Belum...belum bayar lagi. Berdasarkan apa yang dimaklumkan, pembayaran masih belum dibuat. Sepatutnya pembayaran mula dibuat pada Januari tahun ini," katanyapada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Isnin.


Bagaimanapun menurut Azmi, kelewatan pembayaran balik pinjaman berkenaan mungkin disebabkan oleh masalah yang dihadapi NFCorp.

"Ya kita faham mereka perlu membuat pembayaran balik mengikut jadual tertentu. Tapi kelewatan berkenaan mungkin disebabkan oleh masalah yang dihadapi mereka pada ketika ini," katanya.

Sebelum ini Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh memberi jaminan bahawa syarikat berkenaan berupaya membayar balik perjanjian pinjaman antara mereka dengan kerajaan yang diwakili Kementerian Kewangan seperti yang ditandatangani pada Disember 2007.

Menurut NFCorp, mereka menerima pinjaman pertama berjumlah RM7 juta pada Januari 2008.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas