24 March 2012

Pahang Akan Dapat MB Yang Loklaq Jugak..

ROMPIN – Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis menafikan ‘khabar angin’ yang kini bertiup kencang mengaitkannya sebagai calon sesuai untuk menyandang jawatan Menteri Besar Pahang menggantikan Datuk Seri Adnan Yaacob.

Jamaluddin berkata, terdapat sesetengah pihak atau blog-blog tertentu, yang proparti pembangkang yang cuba mencetuskan isu jawatan Menteri Besar Pahang sedangkan perkara berkenaan tidak pernah ditimbulkan Umno.

Menurutnya, beliau kesal dengan laporan blog-blog milik pembangkang kerana berniat jahat untuk memecahbelahkan perpaduan sedia ada di dalam Umno itu sendiri.


“Isu ini sengaja ditimbulkan oleh pembangkang yang bertujuan mahu melaga-lagakan perpaduan yang sedia ada di dalam Umno, dan saya ingin menasihatkan semua ahli Umno agar lebih berhati-hati dengan isu yang ditimbulkan oleh pihak berkepentingan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin yang bertiup kencang yang meramalkan Jamaluddin sebagai calon paling sesuai dan layak menerajui Umno Perhubungan Negeri bagi menggantikan Adnan.

Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata, keputusan untuk meletakkan siapa saja calon di peringkat negeri terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membuat keputusan.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas