BlogList Malaysia

22 March 2012

Jangan Kutuk Kak Jat... Kan Dah Kena Marah.. Hehehe

Wanita Umno kesal kenyataan Kamilia

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Wanita Umno hari ini mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa Datuk Seri Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Umno.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Exco Wanita Umno dan Wanita Umno negeri merakamkan kekesalan berikutan artikel yang tersiar di dalam akhbar akhbar The Star bertarikh 22 Mac itu dan menganggapnya ia hanyalah kenyataan peribadi beliau.

“Exco Wanita Umno dan Ketua Wanita Umno Negeri merakamkan kekesalan di atas kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Datuk Kamilia Ibrahim.


“Kenyataan tersebut merupakan agenda dan kenyataan peribadi beliau yang langsung tidak memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di dalam Pergerakan Wanita UMNO tentang isu tersebut samada di peringkat Exco, Negeri, Bahagian mahupun akar umbi,” jelas kenyataan tersebut.

Menurut Pergerakan Wanita Umno dalam kenyataan tersebut, sokongan kepada Shahrizat amat padu dan memberangsangkan seperti yang ditunjukkan ketika siri jelajah beliau ke negeri-negeri sebelum ini.

“Ketika siri jelajah beliau ke negeri-negeri sebelum ini dan yang terakhir semasa Pelancaran Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbadanan Pasir Gudang, Johor, dapat dilihat sokongan padu diberikan kepada beliau,” jelas kenyataan itu lagi.

Malah, mereka turut menegaskan bahawa Wanita Umno akan sentiasa memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada Shahrizat selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Shahrizat yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat 8 April ini setelah tamat penggal beliau memegang jawatan tersebut.

Namun begitu, beliau turut mengumumkan masih lagi akan mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya.

Suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang merupakan Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) telah didakwa di mahkmah atas dua kesalahan pecah amanah dan dua pelanggaran Akta Syarikat ekoran pendedahan berkaitan skandal NFC oleh pembangkang.

Salleh bagaimanapun tidak mengaku salah atas pertuduhan tersebut.

NFCorp turut diuruskan oleh tiga anak Shahrizat.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wanita-umno-kesal-kenyataan-kamilia/


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas