BlogList Malaysia

18 March 2012

Debat Anwar-RPK, Kenapa Ianya Tidak Perlu

Raja Petra Kamarudin (RPK) meneruskan siri serangannya ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beberapa dakwaan mengenai penyelewengan bernilai dalam pemberian kontrak oleh di Selangor yang dikaitkan dengan Anwar.

Terkini, RPK memanggil Ketua Pembangkang tersebut sebagai pengecut pula kerana enggan berdebat dengannya dalam satu forum yang dianjurkan oleh WikiLeaks yang dijadualkan hari ini di England.

Persoalan utama yang dibangkitkan RPK dalam kenyataannya kepada FreeMalaysiaToday semalam ialah:-


“How is Anwar going to debate Najib when he is too chicken to face me? He should try me out first before taking on Najib” (Bagaimana Anwar hendak berdebat dengan Najib bila dia terlalu pengecut untuk berhadapan dengan saya. Dia (Anwar) sepatutnya mencuba saya dahulu sebelum Najib).

Sebelum itu biar penulis jelaskan. Anwar bukan pengecut, kalau beliau pengecut, sudah lama beliau angkat kaki melarikan diri dari tindakan undang-undang melalui tingkap-tingkap peluang yang terbuka.

Tapi Anwar tidak melakukannya malah beliau lebih berani berhadapan dengan sistem keadilan, walaupun sistem tersebut telah diketahui tidak akan menyebelahinya. Akhirnya terbukti kuasa tuhan mengatasi apa sistem pun yang dicipta manusia sehingga menyaksikan beliau bebas dari fitnah liwat yang menghantuinya selama 3 tahun pada 9 Januari lepas.

Di sebalik itu, RPK lah sebenarnya yang pengecut kerana melarikan diri dari tindakan undang-undang yang menghambatnya. Kalau dia berani, penulis cabar RPK kembali ke Malaysia dan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang dikenakan ke atasnya.

Di antara itu, kalau ada kelapangan, RPK boleh mencabar Anwar berdebat pada bila-bila masa. Bukan mencabar Anwar di luar negara dimana tiada undang-undang yang boleh melindungi Anwar dari tuduhan semboro dan tidak berasas yang bakal dibuatnya nanti?

Anwar tahu, pengalaman mengajarnya bahawa RPK penuh dengan tipu muslihat. Debat ini sendiri pun adalah satu helah RPK untuk menjatuhkan imej Anwar di peringkat antarabangsa setelah dia tidak mampu melakukannya di dalam negara kerana sedang dalam pelarian dari tindakan undang-undang.

Kita perlu faham, sebelum 1998, RPK bukan sesiapa pun. Ledakan politik hasil gerakan reformasi yang dimulakan Anwar setelah pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, menarik ramai orang untuk berjuang bersama-sama dengannya di dalam PKR – RPK salah seorang darinya.



Kalau ada yang menyanjung RPK sebagai penulis politik hebat, itu adalah kerana ruang dan peluang yang diberikan PKR (sebut Anwar). Walaupun di dalam penjara, Anwar mengawal PKR melalui isterinya Datin Sri Wan Azizah di kerusi Presiden parti,

Tanpa Anwar dan isu-isu berkaitan dengannya, RPK hampir bukan sesiapa pun.

Itu meletakkan Anwar dalam kemuliannya yang tersendiri, dibandingkan dengan pesalah undang-undang yang melarikan diri dari tindakan seperti RPK. Tidak sewajarnya Anwar diletakkan setaraf, apatah lagi dalam satu majlis kerana kredebilitinya akan mula menyusut dari saat pertama debat tersebut bermula.

Sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, amat penting kelebihan dari segi kredebiliti itu dipertahankan, berbanding dengan RPK yang tidak punya apa-apa lagi yang tinggal pada dirinya yang boleh dipanggil sebagai maruah diri.

Maka itu, sewajaranyalah debat itu dibatalkan.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas