BlogList Malaysia

22 March 2012

Bila Mahkamah Kata Pandikar Amin Langgar Undang2.. Maksudnya Bodohlah Kot??

Tindakan lucut elaun wakil rakyat langgar Perlembagaan

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA 22 Mac - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa tindakan Dewan Rakyat melucutkan pemberian elaun kepada Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo selepas beliau digantung daripada menghadiri sidang selama 12 bulan pada Mac 2009, melanggar undang-undang.

Ia menyalahi Perkara 64 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Ahli Parlimen berhak dibayar elaun kerana haknya untuk mendapat ganjaran dan manfaat selaku wakil rakyat, tidak boleh dinafikan.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk K.N. Segara yang bersidang bersama Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Linton Albert ketika menolak rayuan Speaker Dewan Rakyat dan tiga pihak lagi.


Keempat-keempatnya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan wakil rakyat pembangkang itu berhak menerima ganjaran walaupun penggantungannya daripada menghadiri sidang Dewan bermula 16 Mac 2009, sah di sisi undang-undang.

Pada 22 Oktober 2009, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) menolak permohonan Gobind agar perintah penggantungannya selama 12 bulan, ditarik balik kerana mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa mencabar usul yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Mahkamah bagaimanapun berpendapat, beliau layak diberikan elaun bagi melaksanakan tugas-tugas di kawasan Parlimennya kerana beliau hanya digantung daripada menghadiri sidang Dewan, bukannya mewakili pengundi di kawasannya.

Ahli Parlimen Puchong itu digantung tanpa mendapat sebarang elaun berikutan kenyataannya di Dewan Rakyat yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Gobind diwakili oleh peguam Karpal Singh manakala perayu-perayu diwakili oleh Peguam-Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi dan Amarjeet Singh. - Utusex


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas