01 February 2012

Tradisi Arak Calon Pilihanraya Akan Dimansuhkan

SPR mansuh arak calon, sebab penyokong PR ramai mengalahkan penyokong BN

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menghentikan amalan calon yang bertanding pada pilihan raya membawa kumpulan penyokong dalam jumlah yang besar pada hari penamaan calon.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon sepatutnya dimansuhkan bagi memastikan suasana aman pada hari berkenaan.

"Hanya sepuluh penyokong dan wakil-wakil calon dibenarkan. Hari penamaan calon dan hari pengundian adalah yang paling membimbangkan saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan taklimat pilihan raya di sini, Selasa.


Beliau berkata berdasarkan pengalaman 16 pilihan raya kecil sebelum ini, sikap penyokong semakin berubah dan sangat berbeza.

"Mereka menjerit, baling botol dan suka mencabar. Sebab itu semua pegawai pengurus mesti mengetahui undang-undang dan peraturan dengan baik," katanya.

Selain itu Abdul Aziz berkata, peraturan menggantung bahan kempen juga akan diperkemaskan kerana menurut beliau tidak ada mana-mana negara yang membenarkan kain rentang atau bendera digantung di pokok atau bangunan awam.

"Tapi di sini, mereka akan panjant pokok, lampu isyarat, tiang lampu untuk pasang kain rentang. Saya fikir kalau seseorang itu berdiri dalam keadaan tetap, badan dia juga akan dihiasi bahan kempen," katanya.

Tambah Abdul Aziz beliau akan membawa cadangan ini kepada Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas