BlogList Malaysia

27 February 2012

PRU 13 - Najib Semakin Galak Tabur Janji Palsu

BN terus menaburkan janji pilihan raya hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sekiranya mereka merampas kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang,

Antaranya, Najib yang juga pengerusi BN itu berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diberi lebih kebebasan.

Sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah, seperti yang dicadangkan oleh lembaga penasihat SPRM, akan ditubuhkan untuk membolehkan badan pemantau anti-rasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawai-pegawainya, termasuk kuasa untuk melantik dan memecat mereka, katanya.


"Saya bersetuju dengan pandangan lembaga penasihat SPRM bahawa untuk mencerminkan kebebasan SPRM, sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah perlu diwujudkan. Suruhanjaya ini akan diberi kuasa untuk melantik dan memecat kakitangan SPRM.

"Tetapi isu ini perlu pindaan perlembagaan. Insya-Allah jika BN diberi mandat dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang, pindaan perlembagaan akan dijalankan dan suruhanjaya ini akan ditubuhkan," kata Najib semasa satu majlis di Putrajaya hari ini.

Buat masa ini, kakitangan SPRM adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sama seperti semua agensi kerajaan yang lain.

Antara perkara lain yang juga dipertimbangkan oleh kerajaan, kata Najib, adalah status Ketua Pesuruhjaya SPRM, yang boleh dinaik taraf mengikut perlembagaan seperti jawatan Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan hakim-hakim, untuk memastikan kebebasan dan ketelusan.

** Kenapa harus tunggu 2/3. Jika dibuat bila-bila masapun rasanya Pakatan Rakyat akan sokong 100% jika dibentangkan di parlimen la.. Sudah-sudahlah bodohkan rakyat..

http://malaysiakini.com/news/190444


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas