27 February 2012

Gara-Gara Isu Lynas, Pemuda MCA Sahkan UMNO BN Mungkin Akan Hilang Sokongan Rakyat!

KUANTAN, 27 Feb - Pemuda MCA Indera Mahkota meramalkan UMNO Barisan Nasional (BN) akan berputih mata dan hanya boleh ‘bermimpi’ untuk merampas balik kerusi Parlimen Kuantan sekiranya gagal menghentikan projek nadir bumi Lynas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Ketuanya, David Choi (foto) berkata, kerusi berkenaan yang kini disandang Fuziah Salleh dari PKR bukan sahaja terus mendapat sokongan rakyat kerana isu Lynas, malah BN akan tewas kerana tiada sokongan penuh pengundi-pengundi Cina.

“Tidak ada harapan untuk rampas Kuantan kalau kerajaan tidak menghentikan projek ini. Kita tidak boleh cakap apa-apa kerana semua orang tahu, projek ini amat bahaya kepada generasi masa depan.


“Jika ini tidak diberi perhatian, bukan sahaja orang Cina, malah seluruh Melayu, Cina dan Orang Asli akan memprotes. Kita (MCA) seolah-olah memberikan kerusi ini kepada PKR buat kali kedua,” katanya.

Ditanya sama ada beliau dan beberapa pemuda MCA menyertai Himpunan Hijau 2.0 kerana tidak bersetuju dengan dasar partinya, kata Choi, "saya menyokong kehidupan hijau dan mahu kepimpinan mendengar masalah rakyat." Menurutnya, Pemuda MCA Kuantan turut menyokong himpunan semalam dengan menghantar 50 orang wakil dan berharap kerajaan BN menghentikan projek berkenaan.


David Choi sempat bergambar dengan lain-lain pemimpin pemuda MCA
ketika mereka hadir ke Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK4 semalam

[Kenyataan Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota ini jelas merupakan satu tamparan hebat buat BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada David Choi kerana dialah satu-satunya pemimpin BN yang berani tampil menyatakan sokongan kepada rakyat dalam isu ini.

Tindakan pemimpin UMNO melabelkan Lynas ditentang oleh orang Cina kerana dibayar oleh Kerajaan China dan dengki kerana tidak dapat apa-apa projek daripada Lynas jelas merupakan satu fitnah melampau yang menyebakan kaum Cina majoriti benci kepada kerajaan yang ada sekarang. Mereka pasti akan melakukan perubahan pada PRU13 ini nanti bagi membuktikan protes terhadap kerajaan.

Oleh itu, UMNO BN digesa berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan yang bodoh tentang soal Lynas mengelang pilihanraya umum akan datang. Jika tidak, sudah pasti mereka akan kempunan merampas semula kerusi parlimen Indera Mahkota dan Kuantan daripada Pakatan Rakyat. Itu hakikatnya sekarang].

PahangDaily


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas