BlogList Malaysia

15 February 2012

'Gangguan Ceramah PR' Usaha Terancang Takutkan Rakyat

Ahli parlimen Klang Charles Santiago tidak menolak kemungkinan gangguan yang dicetuskan pada ceramah pro-pembangkang baru-baru ini adalah sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.

Ini kerana menurut Santiago (kanan), corak kedua-dua insiden berkenaan hampir sama dan berlaku di kawasan kejiranan masyarakat majoriti Melayu yang dahulunya kubu kuat Umno.

"Pandangan saya a terdapat usaha terancang untuk menakut-nakutkan orang Melayu daripada mengikuti perkembangan semasa," kata Santiago ketika dihubungi semalam.


Katanya, beliau sebelum ini tidak pernah dimaklumkan mengenai sebarang gangguan atau keganasan semasa perhimpunan politik dan aktiviti masyarakat sivil di Klang.

Insiden pertama berlaku pada 21 Januari lalu, apabila perhimpunan NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan belia bermotosikal menyerbu majlis itu sehingga menyebabkan seorang peserta cedera.

Sabtu lalu pula, seramai 15 aktivis pelajar terpaksa diiringi polis bagi meninggalkan Kampung Idaman apabila sekali lagi kumpulan remaja bermotosilak menggangu majlis mereka yang mahu menuntut kebebasan akademik.

Selain dewan tempat ceramah diselerakkan dan kerusi dipecahkan, kumpulan samseng itu juga membaling batu dan merosakkan sebuah kereta.

"Saya akan berjumpa dengan saksi untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung apa yang sebenarnya berlaku. Saya gesa semua pihak, termasuk pihak penganjur dan polis supaya lebih berhati-hati," kata Santiago.

http://malaysiakini.com/news/189180


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas