BlogList Malaysia

18 January 2012

Tiada ahli keluar PAS kerana kecewa Hasan dipecat

Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Mohd Nasir menafikan dakwaan kononnya lebih 100 ahli PAS daripada cawangan Kampung Kerdas Dua, meninggalkan parti Islam itu dan menyertai Umno.

Tindakan itu dikatakan kononnya disebabkan berlakunya pemecatan ADUN Gombak Setia, Datuk Hasan Mohamed Ali yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

"Kita menafikan sekerasnya kemasukan mereka dalam Umno akibat kekecewaan apabila ADUN Gombak Setia Datuk Hasan Ali dipecat daripada PAS baru-baru ini," kata Salehuddin yang disiarkan di Harakahdaily.


Katanya, fakta sebenar adalah pilihan raya umum ke-12 yang lalu pada 2008, PAS Gombak telah menerima 37 borang permohonan keahlian daripada ahli Umno.

Daripada 37 orang hanya 20 orang sahaja yang menyertai Umno dalam majlis yang diadakan di Kampung Kerdas Dua baru-baru ini.

Salehuddin berkata, mereka sebenarnya ahli Umno dan penyokong Umno.

“Bukti mengatakan mereka adalah ahli Umno melalui penyemakan yang telah kita buat dalam daftar ahli PAS di DUN Kawasan Gombak,” katanya.

Portal rasmi PAS itu juga memetik Sallehuddin berkata penyingkiran Hasan Ali dalam parti tidak akan merencatkan PAS Gombak untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Kita sentiasa melatih ahli agar sentiasa ikhlas berjuang kerana Allah SWT, bukan kerana orang, dan bukan untuk kepentingan yang lain terutamanya dalam bentuk material dan kebendaan,” katanya lagi.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas