22 January 2012

‘Serangan’ program ABU: Umno mesti bertanggungjawab

"Adakah orang India sudah tidak selamat berada di kawasan ramai penyokong Umno,?" kata Chegu Bard.

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Umno bertanggungjawab terhadap insiden program Asal Bukan Umno (ABU) malam tadi di Jalan Kebun, Shah Alam.

NGO pimpinan Ketua PKR Rembau itu, Badrul Hisham Shaharim itu juga meminta polis bertindak secara profesional ke atas insiden tersebut.

Katanya, kejadian malam tadi membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1Malaysia.

“Adakah orang India sudah tidak selamat berada di kawasan ramai penyokong Umno,?” katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam kejadian semalam 20 pemuda menjerit kepada kaum India yang berada di dalam dewan tersebut.

Kata Chegu Bard, malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan.

Cedera dan rosak

“Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan.

“Beberapa orang cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan dipukul.

“Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup perniagaan.

“Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalami kerugian apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di tanah,” tambahnya.

Chegu Bard berkata, petugas dengan beberapa hadirin yang kebetulan yang baru datang berjaya menenangkan keadaan.

Katanya, kumpulan pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan.

“Kira kira empat atau lima anggota polis datang, tetapi jumlah mereka bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa.

“Kira-kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku,” katanya lagi.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas