BlogList Malaysia

13 January 2012

Konvensyen terpenting untuk jelas agenda Pakatan

KUALA LUMPUR 13 Jan: Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Alor Setar esok, bakal menjadi pecutan terakhir dalam kerangka dan persiapan gerakkerja bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, ia merupakan konvensyen terpenting bagi KEADILAN, Pas dan Dap menjelaskan agenda yang dipersetujui bersama, meliputi isu-isu utama melibatkan kepentingan rakyat.

“Sudah tentunya konvensyen ini juga merupakan platform terbaik kepada rakyat untuk melihat dan mendengar sendiri apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat kepada mereka,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.


Azmin turut meminta perwakilan dan anggota Pakatan Rakyat yang hadir agar memanfaatkan konvensyen itu dengan memahami amanat yang disampaikan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

“Konvensyen ini harus dimanfaatkan sesungguhnya oleh setiap perwakilan yang diberi peluang berucap manakala anggota Pakatan Rakyat yang hadir harus memahami dengan baik dan jelas mengenai apa yang disampaikan.

“Ini penting bagi memastikan apa yang disampaikan kepada mereka senada dan sama sebelum ianya turut disampaikan kepada rakyat di peringkat cabang atau kawasan masing-masing,” tegasnya yang akan berucap seawal jam 9 pagi esok.

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ini merupakan kali ketiga selepas kali pertama berlangsung di Shah Alam pada 2009 dan kali kedua di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 2010.

Kira-kira 600 perwakilan dari KEADILAN, Pas dan DAP – dan kira-kira 200 pemerhati dijangka menghadiri konvensyen sehari itu bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Tirai Konvensyen tersebut akan dibuka bermula syarahan dan ceramah di 15 kawasan parlimen di Kedah malam ini.

Antaranya di Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kuala Kedah, Pendang, Sik, Jerai, Merbok, Sungai Petani dan Baling.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas