17 January 2012

Hasan Dicabar Dedah Siapa 'Parasit"

Dedah 'parasit': Pakatan jamin keselamatan Hasan

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyambut baik keputusan bekas Pesuruhjaya Selangor Datuk Hasan Mohd Ali yang membayangkan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya sebagai ahli PAS seperti dilapor media.

Bagi beliau, Hasan mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan, dan pada masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya untuk memilih.


Ketika diminta mengulas gesaan dari sesetengah pemimpin PAS yang mahu Hasan merayu, Mahfuz berkata beliau tidak boleh memberi respon kerana turut terbabit dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat yang memutuskan supaya Hasan disingkirkan.

"Saya boleh kata begini. Kalau betul seperti dilapor media semalam, saya menyambut baik keputusannya yang tidak mahu merayu.

"Saya juga mendoakan agar beliau diberi kekuatan untuk terus berjuang seperti apa yang beliau cakap sebelum ini," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena pada sidang media di pejabat Agung PAS, semalam.


Ketika ditemui selepas itu, Mahfuz turut memberi jaminan bahawa negeri-negeri Pakatan Rakyat akan membenarkan Hasan yang mahu menjelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan isu pemecatannya itu.

"Saya bagi jaminan, bahawa Pakatan Rakyat akan jaga keselamatan beliau (Hasan) jika beliau mahu berceramah di negeri-negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Hasan pada sidang medianya semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Kumpulan itu dakwanya telah memesongkan PAS dari perjuangan Islam.


Hasan juga membayangkan, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya mereka berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

"Kita tidak akan bertindak seperti PERKASA yang mengganggu ceramah (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu seperti sebelum ini.

"Jadi Hasan tidak perlu risau," kata Mahfuz lagi.

http://malaysiakini.com/news/186784


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas