NTRESD PENAWAR RESDUNG LAIN DARI YANG LAIN INSYAALLAH BERKESAN! (KLIK DI SINI)
Beriklan Di BlogList Malaysia. Iklan Teks RM15.00 Sebulan Emailkan ke jeejebon@gmail.com
Beriklan Di BlogList Malaysia
Iklan Bergambar Di Sini.. RM50.00 Sebulan
Emailkan ke jeejebon@gmail.com


Jeebond Followers

_____________________________________________________


Artikel Anda Di BlogList Malaysia


Anda punya komen, artikel atau apa saja tentang situasi politik semasa? Hantarkan kepada kami. Kami akan paparkan untuk tatapan semua. Emailkan ke jeebond@gmail.com

_____________________________________________________

31 January 2012

Gelaran Aziz Bari Ditarik Kerana Sokong Pembangkang

Aziz Bari digugur gelaran profesor

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.

Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.


''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Utusan Malaysia, SAKINAH melalui ruangan Forum akhbar itu pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.

- Utusex


1 Komen:

Wan Ramlah January 31, 2012 1:27 PM  

gelaran ditarik bkn sebab sokong pembangkang, tak kira sesapa pun yg dah bersara atau dipecat dr sesebuah universiti, gelaran tsebut automaticly terlucut.. gelaran tak boleh bw ke mati pun.. ilmu yg ada tu guna sepenuhnya, kalau betul pun dia pembangkang yg selama ni mengangkat nama islam, teruskan pjuangan islam..jgn pentingkan gelaran..biarlah dorang nk lucutkan ke x.. yg penting semngat pjuangan demi islam dan apa yg kita matlamatkan..wallahu'alam...

Post Terdahulu

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist Pencacai 1

Bloglist Pencacai 2

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist 5 (TERKINI)

Dari Pautan Sahabat

Dari Pautan Sahabat

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas