BlogList Malaysia

24 December 2011

Lagi Kelentong Lagi Mengarut Si Hasan Ali Nie..

'Media arus perdana beri saya lebih liputan dari Harakah'

Exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membidas Harakah, dengan berkata media arus perdana memberi lebih banyak liputan kepadanya berbanding akhbar partinya sendiri.

Jika dibuat analisis kandungan dalam Harakah di talian dan versi cetak, Dr Hasan bertanya berapa banyak ruang yang beliau dapat, termasuk ketika beliau menjadi pesuruhjaya PAS Selangor?

Kadang-kadang, katanya, beliau mendapati Harakah memberi liputan kepada parti-parti komponen Pakatan Rakyat dan bukannya ahli partinya sendiri.


Dr Hasan menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya hari ini.

Dr Hasan, yang baru-baru ini ditemuramah oleh media berkaitan Umno TV3 dan Berita Minggu, mengulas gesaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya jangan menggunakan "media Umno" bagi mengelak memberi mereka ruang untuk menyerang PAS.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas